Kebersihan amat penting dalam kehidupan seseorang. Banyak faedah yang akan diperoleh sekiranya seseorang itu mengamalkan kebersihan dalam kehidupannya. Dengan mengamalkan kebersihan, seseorang pelajar akan dapat mengulang kaji pelajaran dan belajar dengan lebih selesa dan aman. Dengan amalan kebersihan, sesebuah restoran bukan sahaja akan selalu dikunjungi pelanggan malahan akan sentiasa menerima pujian. Selain daripada itu, sesuatu tempat akan kelihatan lebih istimewa sekali gus akan menaikkan imej ke peringkat yang lebih baik di mata masyarakat. Di samping itu, dengan amalan kebersihan jugalah akan menjadikan sesebuah negara itu disanjung tinggi di mata dunia. Sekiranya masyarakat mengabaikan aspek kebersihan, pasti akan muncul beberapa kesan negatif sebanyak bintang di langit yang tidak terhitung oleh manusia. Sebenarnya, amalan kebersihan bermula dari rumah iaitu sejak anak-anak masih kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu, setiap ibu bapa mestilah menitikberatkan aspek kebersihan dalam usaha mendidik anak-anak. Oleh hal yang demikian, peranan ibu bapa di Taman Mulia Legenda Suria untuk melatih menjaga kebersihan serta prihatin terhadap suasana bersih dan selesa di taman ini perlu digerakkan mulai sekarang dan ia merupakan suatu langkah yang besar dan mencabar.
Kredit Gambar:Kol Falulin Senan (B) dan Hj Jaafar Idrus
















