Sunday, August 9, 2020

PROJEK KEBUN KOMUNITI

Persatuan Penduduk dan Pemiik Taman Mulia Legenda turut bersedia untuk menyertai  program  Pertanian Bandar atau kebn komuniti  merupakan program yang membantu isi rumah bandar meringankan kos sara hidup melalui pengeluaran sendiri sebahagian daripada bahan makanan yang diperlukan melalui bimbingan Jabatan Pertanian. Program ini melibatkan penduduk di kawasan bandar dan pinggir bandar dengan kerjasama dan penglibatan pelbagai Jabatan dan Agensi yang berkaitan di peringkat Negeri dan Persekutuan. Pengintegrasian pertanian dalam perancangan dan pembangunan perbandaran adalah penting untuk pembangunan mampan dari segi pelbagai aspek kehidupan dan keperluan kehidupan bandar termasuk bekalan bahan makanan, penghijauan persekitaran, pengurusan air dan bahan buangan bandar, pendidikan serta riadah.

Perbincangan awal Pengerusi PPTMLS bersaa AJK dengan Jabatan Pertanian Negeri Sembilan telah berlansung baru-baru ini, dan program ini akan bermula dalam waktu yang terdekat. Jom sertai program ini dan hubungai AJK PPTMLS segera!


No comments:

Post a Comment

PPTMLS TINGKATKAN USAHA JAGA KESELAMATAN

  BANYAK kejadian yang  tidak diingini boleh berlaku di mana-mana termasuk di kawasan perumahan kita. Antara kejadian yang boleh berlaku ial...