Thursday, September 10, 2020

PPTMLS TINGKATKAN USAHA JAGA KESELAMATAN





 

BANYAK kejadian yang  tidak diingini boleh berlaku di mana-mana termasuk di kawasan perumahan kita. Antara kejadian yang boleh berlaku ialah  seperti pecah rumah, pembunuhan, rompakan, kebakaran dan lain-lain.

Sehubungan dengan itu pihak PPTMLS sentiasa berusaha untuk memastikan kawasan Perumahan Taman Mulia Legenda Suria terhindar dari kejadian yang tidak diingini tersebut. Bagi mengorak langkah ke hadapan PPTMLS telah membeli sebuah motosikal ronda untuk kegunaan pengawal, sistem rondaan yang lebih tersusun dan bebarapa peraturan lain turut diperkenalkan. 

Menurut Kolonel Falunin Senan (Bersara) ketua Biro Keselamatan dan Kebersihan PPTMLS kerjasama semua penduduk untuk menjayakan hasrat tersebut amat dituntut bagi memastikan hasrat dan matlamat tercapai. 

Satu majlis pelancaran penggunaan motosikal ronda dan sistem 'rondaan berkunci' telah laksanakan pada 10 September 2020 yang lalu yang disempurnakan oleh wakil dari Balai Polis Mantin. Turut hadir ialah pengerusi PPTMLS Dato' Hj Zainal Hj Arshad, ahli jawatankuasa serta penduduk taman. 



Saturday, September 5, 2020

GOTONG -ROYONG CEGAH DENGGI PERINGKAT TAMAN MULIA LEGENDA SURIA 5 SEP 2020





Usaha untuk menjadikan kawasa Taman Mulia Legenda sebagai Taman perumahan yang bersih, cantik dan bebas dari Denggi sedang diusahakan. Terima kasih kepada semua penduduk yang telah bersama untuk menjayakan program gotong-royong cegah Denggi pada 5 Sep 2020. 










Friday, August 21, 2020

COMBI 'JUNIOR' PERLU TERUS DIGERAKKAN

Kebersihan amat penting dalam kehidupan seseorang. Banyak faedah yang akan diperoleh sekiranya seseorang itu mengamalkan kebersihan dalam kehidupannya.  Dengan mengamalkan kebersihan, seseorang pelajar akan dapat mengulang kaji pelajaran dan belajar dengan lebih selesa dan aman.  Dengan amalan kebersihan, sesebuah restoran bukan sahaja akan selalu dikunjungi pelanggan malahan akan sentiasa menerima pujian.  Selain daripada itu, sesuatu tempat akan kelihatan lebih istimewa sekali gus akan menaikkan imej ke peringkat yang lebih baik di mata masyarakat.  Di samping itu, dengan amalan kebersihan jugalah akan menjadikan sesebuah negara itu disanjung tinggi di mata dunia.  Sekiranya masyarakat mengabaikan aspek kebersihan, pasti akan muncul beberapa kesan negatif sebanyak bintang di langit yang tidak terhitung oleh manusia.  Sebenarnya, amalan kebersihan bermula dari rumah iaitu sejak anak-anak masih kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.  Oleh itu, setiap ibu bapa mestilah menitikberatkan aspek kebersihan dalam usaha mendidik anak-anak.  Oleh hal yang demikian, peranan ibu bapa di Taman Mulia Legenda Suria untuk melatih menjaga kebersihan serta prihatin terhadap suasana bersih dan selesa di taman ini perlu digerakkan mulai sekarang dan ia merupakan suatu langkah yang besar dan mencabar.

Kredit Gambar:Kol Falulin Senan (B) dan Hj Jaafar Idrus

             

Saturday, August 15, 2020

BERSAMA IMARAHKAN SURAU AL-HIDAYAH TAMAN MULIA

 

Surau al-Hidayah  Taman Mulia telah menyusun beberapa aktiviti sepanjang bulan Ogos ini. Semua penduduk Taman Mulia dijemput untuk mengikuti program yang dianjurkan oleh Surau al-Hidayah dan bersama kita mengimarahkannya. 

Monday, August 10, 2020

Communication for Behaviourial Impact (COMBI)





APA ITU COMBI?

COMBI adalah singkatan dari Communication for Behaviourial Impact. Program yang di asaskan oleh World Health Organization (WHO)dan dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). COMBI merupakan satu pendekatan dinamik yang menggunakan strategi mobilisasi sosial dan komunikasi  untuk mempengaruhi perubahan tingkah laku dalam kalangan individu, keluarga dan komuniti ke arah tingkah laku yang sihat.

COMBI dibangunkan berasaskan teori-teori perubahan tingkahlaku, komunikasi dan pemasaran. Pendekatan yang menyeluruh lagi fleksibel dalam merancang, melaksana dan memantau tindakan-tindakan mobilisasi social dan komunikasi yang boleh diubahsuai mengikut objektif-objektif tingkahlaku yang telah dipilih. Bagi melaksanakan program COMBI, lima ( 5 ) prinsip asas yang menggunakan strategi komunikasi secara bersepadu hendaklah diamalkan iaitu;

·         Kerahan Pentadbiran / Perhubungan Awam dan Advokasi (Administrative Mobilization / Public Relation / Advocacy)

·         Kerahan Masyarakat (Community Mobilization)

·         Pengiklanan (Advertising)

·         Penyampaian Peribadi/ Komunikasi Interpersonal (Personal Selling / Interpersonal Communication)

·         Promosi di Pusat Perkhidmatan (Point-of-Service Promotion)

OBJEKTIF

Matlamat COMBI ialah untuk;

·         Menggerakkan pelbagai sektor komuniti untuk menangani isu denggi dalam komuniti.

·         Mewujudkan tanggungjawab bersama dalam komuniti.

·         Mempengaruhi serta mengukuhkan keputusan/ tingkahlaku/ norma social dalam komuniti.

KUMPULAN SASAR

Projek COMBI merupakan satu pendekatan yang berorientasikan daripada komuniti untuk komuniti. Kumpulan sasar bagi pelaksanaan projek ini adalah berpandukan kepada situasi berikut:

Lokaliti yang pernah berlaku kejadian wabak samaada;

·         Wabak berulang,

·         Wabak tidak terkawal

·         Lokaliti wabak

·         Lokaliti yang pernah berlaku kejadian kes

·         Lokaliti yang mempunyai Indeks Entomologi tinggi

·         Lokaliti yang sukarela untuk menubuhkan projek COMBI

 

Sunday, August 9, 2020

NAIK TARAF TANDA JALAN OLEH MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN

Pihak persatuan sentiasa berusaha untuk menjadikan taman kita cantik, tersusun dan indah. Oleh yang demikian pihak persatuan telah berbincang dengan pihak MBS untuk menaik taraf semua kemudahan yang sedia ada bagi kemudahan seluruh penduduk. Jom sokong projek ini dan kita sama-sama berusaha membina dan menjadikan taman kita bersih, indah dan harmoni.



 

PPTMLS TINGKATKAN USAHA JAGA KESELAMATAN

  BANYAK kejadian yang  tidak diingini boleh berlaku di mana-mana termasuk di kawasan perumahan kita. Antara kejadian yang boleh berlaku ial...