COMBI adalah singkatan dari Communication for Behaviourial Impact. Program yang di asaskan oleh World Health Organization (WHO)dan dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). COMBI merupakan satu pendekatan dinamik yang menggunakan strategi mobilisasi sosial dan komunikasi untuk mempengaruhi perubahan tingkah laku dalam kalangan individu, keluarga dan komuniti ke arah tingkah laku yang sihat.
COMBI dibangunkan berasaskan teori-teori perubahan tingkahlaku, komunikasi dan pemasaran. Pendekatan yang menyeluruh lagi fleksibel dalam merancang, melaksana dan memantau tindakan-tindakan mobilisasi social dan komunikasi yang boleh diubahsuai mengikut objektif-objektif tingkahlaku yang telah dipilih. Bagi melaksanakan program COMBI, lima ( 5 ) prinsip asas yang menggunakan strategi komunikasi secara bersepadu hendaklah diamalkan iaitu;
·
Kerahan Pentadbiran /
Perhubungan Awam dan Advokasi (Administrative Mobilization / Public Relation /
Advocacy)
·
Kerahan Masyarakat
(Community Mobilization)
·
Pengiklanan
(Advertising)
·
Penyampaian Peribadi/
Komunikasi Interpersonal (Personal Selling / Interpersonal Communication)
·
Promosi di Pusat
Perkhidmatan (Point-of-Service Promotion)
OBJEKTIF
Matlamat COMBI ialah untuk;
·
Menggerakkan pelbagai
sektor komuniti untuk menangani isu denggi dalam komuniti.
·
Mewujudkan
tanggungjawab bersama dalam komuniti.
·
Mempengaruhi serta
mengukuhkan keputusan/ tingkahlaku/ norma social dalam komuniti.
KUMPULAN SASAR
Projek COMBI merupakan satu pendekatan yang
berorientasikan daripada komuniti untuk komuniti. Kumpulan sasar bagi
pelaksanaan projek ini adalah berpandukan kepada situasi berikut:
Lokaliti yang pernah berlaku kejadian wabak
samaada;
·
Wabak berulang,
·
Wabak tidak terkawal
·
Lokaliti wabak
·
Lokaliti yang pernah
berlaku kejadian kes
·
Lokaliti yang
mempunyai Indeks Entomologi tinggi
·
Lokaliti yang sukarela
untuk menubuhkan projek COMBI

No comments:
Post a Comment