Sunday, August 9, 2020

COMBI DAN KEPEKAAN KITA BERSAMA DI TAMAN MULIA LEGENDA SURIA

 Apa itu COMBI? Apa tujuan matlamat dan siapa yang patut ikut serta? Berikut beberapa maklumat tentang COMBI dan di Taman kita, Kolonel Falulin Senan (Bersama), Ketua Biro Keselamatan, Kebersihan dan Kesihatan telah mengetuai program COMBI di taman kita. mari jayakan bersama program COMBI di kawasan kejiranan kita. 



1.0 Pengenalan

COMBI ialah singkatan bagi “Communication for Behavioural Impact” atau “Komunikasi untuk Perubahan Tingkahlaku”. COMBI diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2001 sebagai salah satu strategi untuk menangani masalah Denggi di Malaysia. COMBI merupakan satu pendekatan dinamik yang menggunakan strategi mobilisasi sosial dan komunikasi untuk mempengaruhi individu, keluarga dan komuniti ke arah perubahan tingkah laku yang sihat. Pendekatan COMBI dibangunkan berasaskan teori-teori perubahan tingkah laku, komunikasi dan pemasaran bagi menangani isu-isu sosial. COMBI juga merupakan satu pendekatan yang menyeluruh lagi fleksibel untuk merancang, melaksana dan memantau tindakan-tindakan mobilisasi sosial dan komunikasi yang boleh diubahsuai dan diuji mengikut objektif-objektif tingkah laku yang telah dipilih.

1.1 Matlamat COMBI

  • Menggerakkan pelbagai sektor komuniti untuk menangani sesuatu isu dalam komuniti
  • Mewujudkan tanggungjawab bersama dalam komuniti
  • Mempengaruhi serta mengukuhkan keputusan / tingkah laku / norma sosial dalam komuniti

1.2 Prinsip asas COMBI

  • Menentukan tingkah laku khusus
  • Integrasi tindakan-tindakan komunikasi
  • Pemantauan kemajuan ke arah pengekalan tingkah laku secara berterusan

1.3 Tindakan Komunikasi Bersepadu

  • Mobilisasi pentadbiran/advokasi
  • Mobilisasi sosial
  • Publisiti / pengiklanan
  • Penyampaian peribadi
  • Promosi pusat perkhidmatan

Dari segi pelaksanaan projek COMBI, semua tindakan di atas hendaklah menggunakan pendekatan M-RIP seperti berikut:

  • M - “Massive” (besar-besaran)
  • R - “Repetitive” (berulang-ulang)
  • I - “Intense” (bersungguh-sungguh)
  • P - “Persistent” (berterusan)

 MRIP COMBI


No comments:

Post a Comment

PPTMLS TINGKATKAN USAHA JAGA KESELAMATAN

  BANYAK kejadian yang  tidak diingini boleh berlaku di mana-mana termasuk di kawasan perumahan kita. Antara kejadian yang boleh berlaku ial...